Pahit tapi penawar penyakit

17 Aug

Peria dikenali dengan nama ’fukwa’ dalam bahasa Cina , ’kerela’ bagi India , ’nigai uri’ di Jepun , ’bitter mellon’ di Amerika Syarikat , dan ’ampalaya’ di Filipina . Ia memiliki khasiat dalam mengubati penyakit diabetes , kolestrol tinggi , sembelit , masalah hati , dan hempedu . Beberapa penelitian menunjukkan peria sebenarnya dapat meningkatkan penghasilan beta oleh pankreas dalam meningkatkan kemampuan tubuh dalam penghasilan insulin , iaitu sejenis hormon yang berfungsi dalam mengawal kepekatan glukosa dalam darah .

8 cara kurangkan pengambilan makanan bergula

16 Aug

Siapa yang tidak terpesona dengan keenakkan coklat , pai epal , aiskrim dan pelbagai jenis gula – gula yang menggoda nafsu makan . Segala yang manis ini sememangnya sedap dimakan tetapi jika terlebih makan , yang menanti anda adalah sesuatu yang menakutkan .

Setelah mengambil makanan bergula kegemaran , seseorang akan mengalami pertambahan tenaga , namun setelah beberapa ketika , tahap gula di dalam darah akan turun sehingga membuatkan anda semakin ketagihan gula . Ini berlaku kerana tubuh telah terbiasa memiliki tahap gula dalam darah yang tinggi . Terlalu banyak gula akan melemahkan sistem kekebalan dan tubuh mudah berasa letih .

Oleh kerana itu kebiasaan mengambil makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi sebaiknya dihindari . Selain tidak baik untuk kesihatan , ia juga dapat mencetuskan pelbagai penyakit . Fakta berikut merupakan beberapa cara untuk menghentikan kebiasaan mengambil makanan bergula .

  • Hindari godaan makanan bergula .Caranya , kawal keinginan anda ketika berbelanja dipasar malam atau ketika membeli – belah di pasar raya pilihan . Alihkan perhatian anda ketika melihat makanan yang mengandungi makanan bergula yang tinggi. Ganti dengan buah – buahan dan sayuran .
  • Banyakkan minum air terutama air kosong . Dengan cara ini , tubuh akan mendapat keperluan air yang mencukupi . Selain itu , cara ini juga mencegah keinginan untuk menikmati sesuatu hidangan , baik makanan bergula atau makanan yang lain . Oleh kerana itu , minumlah air untuk menurunkan kecederungan memilih makanan ringan yang manis .
  • Minum teh herba . Teh ternyata tidak hanya mampu menghilangkan rasa dahaga , malah memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh badan . Selain boleh mencegah kanser perut , ia juga mampu mencegah masalah gigi berlubang .Untuk mencegah kanser perut , teh yang baik untuk diminum adalah dari jenis the hijau , yang mengandungi zat antioksidan .
  • Jangan lupa mengambil suplemen . Vitamin C misalnya sangat bermanfaat untuk mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula . Vitamin C semulajadi banyak ditemui dalam buah oren dan buah kiwi . Sementara magnesium membantu mengatur tahap tahap gula dalam darah dan banyak diperolehi daripada sayuran berdaun hijau , kekacang , bijirin , ikan dan daging .
  • Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari . Makan secara teratur akan memberikan tubuh tenaga sepanjang hari , dan mengatur tahap gula di dalam darah . Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat .pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya . Semakin tinggi kandungan serat , semakin lambat gula masuk kedalam aliran darah . Jangan lupa memilih sayuran hijau sebgai pengganti makanan bergula .
  • Pilihlah makanan daripada bahan pemanis semulajadi seperti madu . Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan . Bahkan , ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa .
  • Jaga keseimbangan hormon tubuh . Gula dan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah dan akan menyebabkan kadar insulin naik . Oleh kerana itu , sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein , kabohidrat dan lemak yang seimbang . Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah , and akan memberikan sumber tenaga yang stabil serta akan menjaga tubuh tetap sihat .
  • Baca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan terutama kadar gulanya . Ini kerana sebahagian makanan , kadar gulanya tersembunyi kerana tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai sukrosa , glukosa maltosa , fruktosa dan sebagainya . Selain itu , makanan yang tinggi kandungan kabohidrat juga boleh menyebabkan tubuh badan mendapat gula yang tinggi . Berhati – hati juga dengan makanan yang berlabel sugar free . Ini kerana , kebiasaanya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula . Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula penganti rasa yang hilang ketika lemak tiada .

Susu Ibu Melindungi Ibu Dari Diabetes ??

13 Aug

Pemberian susu ibu bukan sahaja memberi manfaat pada pertumbuhan dan kesihatan bayi tetapi juga bagi ibu yang menyusukan . Salah satu manfaatnya ialah melindungi bayi dari menghidap diabetes . Kini , sebuah kajian terbaru menemukan bahawa susu ibu juga melindungi ibu dari diabetes . Walaupun kajian ini masih di peringkat awal tetapi para pengkaji percaya bahawa susu ibu boleh mengubah metabolisme ibu .

Perubahan metabolisme ini boleh membantu menjaga kadar gula darah tetapi stabil dan membuatkan tubuh lebih sensitif pada insulin , hormon yang mengatur gula darah . Teori ini sebahagian besarnya berdasarkan pada bukti yang ditunjukkan oleh tikus dan manusia yang mana ibu menyusui mempunyai kadar gula yang rendah berbanding mereka yang tidak menyusui . Kajian yang di terbitkan dlam Journal of the American Medical edisi 23 November 2005 ini melibatkan kira – kira 157 ribu menyusui . Mereka diberikan soalan secara periodic dan berlanjutan selama 12 tahun . Selama kajian dilakukan , seramai 6277 perserta menghidap diabetes tahap 2 .

Spring Suduce

6 Aug

Perakuan Pendaftaran Dari Kementerian Kesihatan Malaysia

2 Aug

Sijil Halal

2 Aug

Pesakit Diabetes kasihanilah kaki anda

29 Jul

 

Kajian menunjukkan pesakit diabetes menghadapi 40 kemungkinan kehilangan satu daripada dua anggota kaki akibat amputasi berbanding bukan penghidap diabetes.Lebih teruk lagi mereka juga mempunyai risiko maut yang tinggi iaitu 70 peratus atau kehilangan sebelah kaki lagi selepas lima tahun kehilangan kaki pertama .

 Tetapi ada berita baik . Sebenarnya amputasi kaki disebabkan diabetes adalah satu – satunya komplikasi diabetes yang paling boleh dieelakkan . Terdapat empat cara penting yang harus diamalkan : -

 1.      Kekalkan kandungan glukosa darah anda ditahap yang selamat

Kandungan glukosa yang tinggi dan berpanjangan akan merosakkan saluran darah sehingga menyebabkan timbulnya beberapa penyakit dan amputasi kaki terpaksa dilakukan.

 Kerosakkan pada saluran – saluran darah menyebabkan masalah pengaliran darah dalam badan dan lambat laun merosakkan urat saraf sehingga pesakit tidak mempunyai rasa sakit.

 Masalah pengaliran darah yang tidak lancarkan menyebabkan luka tersebut sukar sembuh dan dijangkiti kuman apabila tiada pengawasan rapi . Kandungan glukosa darah yang tinggi adalah medium yang baik untuk pertumbuhan bakteria dan juga melemahkan keupayaan badan melawan jangkitan kuman . Akibatnya , luka itu mula bernanah dan kebiasaanya ia tidak akan sembuh .Lambat laun ini akan bertukar menjadi gangren dimana kulit dan tisu di sekeliling luka itu menjadi mati.Apabila ini berlaku , doktor sudah tidak mempunyai pilihan selain memotong bahagian kaki yang terlibat untuk mengelakkan gangren itu dari merebak terutama sekali apabila gangren mempunyai jangkitan kuman ( gangren basah ) .

 Adalah penting juga untuk anda sentiasa memantau paras glukosa darah setiap hari di rumah dengan menggunakan alat pengukur glukosa darah . Dengan cara penjagaan diri ini , anda boleh mengelakkan diri dari kehilangan anggota kaki dan yang lebih penting nyawa anda .

2.      Kawal tekanan darah dan paras lipid anda

Tekanan darah tinggi dan paras lipid darah yang tinggi dan yang tidak dikawal dengan baik boleh memburukkan lagi masalah kaki diabetes dengan cara merosakkan saluran darah dikaki . Tambahan kepada kehilangan rasa sakit yang disebabkan oleh neuropati ( kerosakkan saraf ) , pesakit diabetes , terutama sekali jika diabetesnya tidak dikawal baik , mungkin akan merana ulser yang tidak sembuh dan kesakitan dibahagian betis kaki ketika berjalan ( klaudikasi ).

 Kajian menunjukkan kawalan tekanan darah yang baik mengurangkan risiko bagi pesakit – pesakit diabetes untuk mendapat komplikasi – komplikasi seperti neuropati.Anda mesti memeriksa tekanan darah dan paras lipid darah dengan kerap dan kekalkan tahapnya dalam lingkungan normal untuk mengurangkan risiko kamplikasi kaki diabetes ( dan juga kompilasi – kompilasi yang lain ) .

 3.      Jangan Merokok

Janganlah merokok kerana ia akan menyempitkan lagi saluran – saluran darah melalui kesan nikotin secara langsung dan juga memburukkan lagi atherosklerosis ( pemendapan lemak di saluran darah )

4.      Periksa kaki anda setiap hari

Jangkitan kuman pada kaki merupakan punca utama kebanyakkan penghidap penyakit diabetes dimasukkan ke hospital manakala ulser pada kakidan luka yang tidak sembuh pula adalah punca utama kaki dipotong. Pengesanan awal penyakit – penyakit kaki boleh menghindarkan masalah susulan yang sering berlaku.Oleh yang demikian pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan kaki sekurang – kurangnya sekali setahun untuk mengenal pasti keadaan kaki yang mempunyai risiko tinggi seperti neuropati periferi ( kerosakkan saraf dikaki atau tangan ) , kecacatan tulang seperti ‘hammettoes’ , atau ‘bunions’, ’callous’ dan bengkak pada kaki atau betis .

 Anda juga tidak perlu menunggu setahun sekali untuk pemeriksaan doktor , Persatuan Perubatan Podiatri Amerika mencadangkan agar anda sentiasa berwaspada dan perhatikan tanda – tanda berikut :-

  • Perubahan warna kulit atau merasai panas di kaki
  • Rasa sakit pada kaki
  • Luka terbuka pada kaki yang lambat untuk sembuh
  • Ketumbuhan kuku dalam jari kaki atau kulat pada jari kaki
  • Terbentuk kulit tebal dan keras ( corns ) yang berdarah atau terjadinya ’calluses’
  • Tumit yang kering dan merekah

 Anda dinasihatkan segera bertemu doktor atau pakar pernjagaan kaki sekiranya mengalami mana-mana masalah yang tersebut diatas .

 Akhir sekali , adalah penting anda memeriksa kaki anda setiap hari . Ingatlah bahawa adalah lebih baik kita berjaga – jaga daripada menyesal di kemudian hari .

 * Artikel diambil dari Utusan Malaysia oleh Datuk Prof Mustaffa Embong . 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.