Info Diabetes

27 Oct

Apa Dia Diabetes ?

Diabetes ialah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan KABOHIDRAT ( gula dan kanji ) di dalam makanan , dengan sempurna . Ini menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah .

Selepas di hadamkan makanan bergula dan berkanji bertukar menjadi GLUKOS . Glukos akan dibawa dalam darah kesemua bahagian badan .

INSULIN yang dihasilkan oleh organ PANKREAS membantu glukos memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai TENAGA . Bagi orang yang menghidap diabetes , pancreas tidak menghasilkan insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan .

Tanpa insulin , sel-sel badan tidak dpat menerima bekalan gulkos dan pesakit akan berasa letih kerana kekurangan tenaga . Kadar gula dalam darah menjadi tinggi .Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing .

diabetes_symptoms

Panduan Makanan Untuk Pesakit Diabetes

Carta Makanan bagi Pesakit Diabetes

Kawalan makanan amat penting dalam rawatan penyakit diabetes . Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memelihara kesihatan .

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Elak makanan yang terdiri dari makanan berkabohidrat yang mepunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan ini akan menambahkan gula dalam darah .

Contoh : – Pelbagai jenis gula , kuih – muih , biskut manis , kek , gula-gula , coklat , aiskrim , minuman ringan , sirap kordial , susu pekat manis , jem , kaya , madu dan minuman beralkohol .

MAKANAN YANG DIBENARKAN TANPA SEKATAN

Makanan yang kandungan tenaga dan kabohidratnya rendah boleh dimakan dengan BEBAS.

  • Semua Jenis Sayuran

Contoh : – sawi , kangkung , bayam , kobis , kacang buncis , kacang panjang , bendi , tomato , terung  dan sebagainya .

  • Semua cecair dan minuman tanpa gula

Contoh : – sup air , air kosong , teh dan kopi ‘o’ tanpa gula , teh cina , air limau , air bali tanpa gula

  • Perasa dan Perencah

Contoh : – serbuk chili , kari , kunyit , rempah ratus , bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas , serai dan sebagainya

  • Semua daging tanpa lemak , ayam tanpa lemak dan kulit , tauhu , kuning telur ( 2-3 biji seminggu ) , ikan , ikan bilis tanpa kepala dan  perut . Hadkan makanan tinggi kolestrol seperti makanan laut ( udang sotong , kerang , siput ) organ dalaman ( hati , otak , limpa , paru – paru )

tiger-book-diabetes

MAKANAN YANG PERLU DIKURANGKAN / DISUKAT

Makanan ini mengandungi sedikit gula atau kabohidrat dan boleh dimakan tetapi perlu DIKURANGKAN.

Contoh : – Susu dan hasil tenusu , Bijirin dan hasil bijirin , kacang dan kekacang dan buah – buahan

KURANGKAN PENGAMBILAN KOLESTROL DAN LEMAK TEPU

Makanan ini akan menambahkan berat badan dan menyumbat saluran darah . Ia meningkatkan risiko penyakit jantung , angin ahmar dan kegemukan .

Mengawal Berat Badan

Berat badan yang berlebihan adalah merbahaya . Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan .

Senaman menggunakan glukos darah membakar lemak- lemak dalam badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung anda

Bersenam selama 20 – 30 minit setiap kali sekurang-kurangnya 3 kali seminggu .

Panduan Am

  1. Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi , makan tengahari , makan malam )
  2. Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu . Makanan yang dihadkan adalah makanan berkabohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah .
  3. Tingkatkan pengambilan serat dalam diet . Ini dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan sembelit . Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh , buah – buahan , sayur – sayuran , kacang dan kekacang dan biji – bijian
  4. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan kandungan garam .
  5. Kurangkan jumlah pangambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim , minyak kelapa , santan dan krim salad .

*Sumber dari JABATAN PENDIDIKAN KESIHATAN, HOSPITAL KUALA LUMPUR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: