Gaya Hidup Sihat Elak Kencing Manis

27 Jul

 Kemanisan kuih muih dan minuman berperisa serta bergas pastinya membuka selera. Memang tidak dinafikan makanan yang manis menjadi pilihan kerana keenakkanya.

Tetapi disebalik keenakannya itu , ia boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit jika ia diambil berlebihan.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat .

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh .

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi , kegemukan dan masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis , serangan jantung dan sebagainya.

Sehingga kini diabetes tidak berupaya disembuhkan sepenuhnya tetapi dengan pengurusan baik , kadar gula dalam darah boleh dikawal sekali gus kompilasi diabetes boleh dilewatkan .

 Tanpa pengurusan yang baik , diabetes akan menjadi pencetus kepada pelbagai kompilasi yang membawa maut. Justeru bukan aneh apabila faktor majoriti kes kematian membabitkan pesakit diabetes adalah kompilasi makrovaskular.

 Kompilasi makrovaskular adalah kelaziman dikalangan pesakit diabetes.Mengikut kajian , lima tahun lalu dianggarkan 171 juta penduduk dunia berpenyakit diabetes , sejenis penyakit progresif dan serius yang boleh mendedahkan penghidapnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kompilasi , termasuk buta , amputasi dan penyakit kordiovaskular ( CVD ) .

 Menjelang 2030, jumlah pesakit diabetes atau sering disebut kencing manis dijangka meningkat dua kali ganda.Diabetes disifatkan sebagai faktor risiko dan punca utama kepada penyakit CVD.

 Mereka yang menghidap diabetes dua hingga empat kali lebih berisiko mengalami serangan sakit jantung atau strok berbanding mereka yang tidak berpenyakit itu . Diabetes dan kompilasinya pasti akan muncul sebagai satu ancaman utama terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial sangat besar, terutama bagi negara membangun .

 Jesteru , mencegah lebih baik dari mengubati.Mulakan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat . Kawal nafsu makan kerana setiap hari berdepan makanan dan masakan enak terutama yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

 Untuk membantu mencegah diabetes dan kompilasinya , Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) turut mengesyorkan supaya orang ramai mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul,sentiasa cergas iaitu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari .

 Mereka perlu menekankan betapa pentingnya mengubah gaya hidup agar dapat menghalang penyakit itu melarat dan jika dibiarkan akan mengakibatkan kompilasi yang boleh membawa maut .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: