Bahaya Gula !!

28 Jul

Gula itu memudaratkan kesihatan .Gula itu racun . Gula menyebabkan pelbagai penyakit kronik.Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula . Malah pepatah melayu ada menyebut mati semut kerana gula .

Menurut Ensiklopedia bebas , Wikipedia , bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.Dilaporkan kira – kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula.Negara pengeluar terbesar gula , mengikut Wikipedia ialah Brazil , India , China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa . Secara ringkasnya , gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa .Rasa gula sememangnya manis tetapi disebalik kemanisan itu sebenarnya mengundang bahaya.Pengambilan gula setiap hari juga dilaporkan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian didalam tubuh dan ketidak seimbangan ini perlu diperbetulkan.

Selain gula pasir dan gula perang sebagai pemanis , terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.Pakar pemakanan tempatan , Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui didalam roti , aiskrim , coklat , pastri , pai dan kuih muih.

 

Sebagai contoh , 60 peratus kandungan jem adalah gula . Sepotong kuih pula , katanya , mengandungi setengah sudu teh gula , sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh . Justeru itu kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian . Kalau hendak pun mangambil gula pasir , enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai . Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.

Kajian mendapati , kira – kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar Ho Chi Minh , Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2 , tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes . Diabetes Jenis 2 , paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam permakanan di samping kurang senaman . Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidapan penyakit diabetes.Pada tahun 2009 , sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes!!.Oleh itu kawal pengambilan gula dalam menu seharian anda . Katakan tidak pada kencing manis @ diabetes !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: