Pesakit Diabetes kasihanilah kaki anda

29 Jul

 

Kajian menunjukkan pesakit diabetes menghadapi 40 kemungkinan kehilangan satu daripada dua anggota kaki akibat amputasi berbanding bukan penghidap diabetes.Lebih teruk lagi mereka juga mempunyai risiko maut yang tinggi iaitu 70 peratus atau kehilangan sebelah kaki lagi selepas lima tahun kehilangan kaki pertama .

 Tetapi ada berita baik . Sebenarnya amputasi kaki disebabkan diabetes adalah satu – satunya komplikasi diabetes yang paling boleh dieelakkan . Terdapat empat cara penting yang harus diamalkan : –

 1.      Kekalkan kandungan glukosa darah anda ditahap yang selamat

Kandungan glukosa yang tinggi dan berpanjangan akan merosakkan saluran darah sehingga menyebabkan timbulnya beberapa penyakit dan amputasi kaki terpaksa dilakukan.

 Kerosakkan pada saluran – saluran darah menyebabkan masalah pengaliran darah dalam badan dan lambat laun merosakkan urat saraf sehingga pesakit tidak mempunyai rasa sakit.

 Masalah pengaliran darah yang tidak lancarkan menyebabkan luka tersebut sukar sembuh dan dijangkiti kuman apabila tiada pengawasan rapi . Kandungan glukosa darah yang tinggi adalah medium yang baik untuk pertumbuhan bakteria dan juga melemahkan keupayaan badan melawan jangkitan kuman . Akibatnya , luka itu mula bernanah dan kebiasaanya ia tidak akan sembuh .Lambat laun ini akan bertukar menjadi gangren dimana kulit dan tisu di sekeliling luka itu menjadi mati.Apabila ini berlaku , doktor sudah tidak mempunyai pilihan selain memotong bahagian kaki yang terlibat untuk mengelakkan gangren itu dari merebak terutama sekali apabila gangren mempunyai jangkitan kuman ( gangren basah ) .

 Adalah penting juga untuk anda sentiasa memantau paras glukosa darah setiap hari di rumah dengan menggunakan alat pengukur glukosa darah . Dengan cara penjagaan diri ini , anda boleh mengelakkan diri dari kehilangan anggota kaki dan yang lebih penting nyawa anda .

2.      Kawal tekanan darah dan paras lipid anda

Tekanan darah tinggi dan paras lipid darah yang tinggi dan yang tidak dikawal dengan baik boleh memburukkan lagi masalah kaki diabetes dengan cara merosakkan saluran darah dikaki . Tambahan kepada kehilangan rasa sakit yang disebabkan oleh neuropati ( kerosakkan saraf ) , pesakit diabetes , terutama sekali jika diabetesnya tidak dikawal baik , mungkin akan merana ulser yang tidak sembuh dan kesakitan dibahagian betis kaki ketika berjalan ( klaudikasi ).

 Kajian menunjukkan kawalan tekanan darah yang baik mengurangkan risiko bagi pesakit – pesakit diabetes untuk mendapat komplikasi – komplikasi seperti neuropati.Anda mesti memeriksa tekanan darah dan paras lipid darah dengan kerap dan kekalkan tahapnya dalam lingkungan normal untuk mengurangkan risiko kamplikasi kaki diabetes ( dan juga kompilasi – kompilasi yang lain ) .

 3.      Jangan Merokok

Janganlah merokok kerana ia akan menyempitkan lagi saluran – saluran darah melalui kesan nikotin secara langsung dan juga memburukkan lagi atherosklerosis ( pemendapan lemak di saluran darah )

4.      Periksa kaki anda setiap hari

Jangkitan kuman pada kaki merupakan punca utama kebanyakkan penghidap penyakit diabetes dimasukkan ke hospital manakala ulser pada kakidan luka yang tidak sembuh pula adalah punca utama kaki dipotong. Pengesanan awal penyakit – penyakit kaki boleh menghindarkan masalah susulan yang sering berlaku.Oleh yang demikian pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan kaki sekurang – kurangnya sekali setahun untuk mengenal pasti keadaan kaki yang mempunyai risiko tinggi seperti neuropati periferi ( kerosakkan saraf dikaki atau tangan ) , kecacatan tulang seperti ‘hammettoes’ , atau ‘bunions’, ’callous’ dan bengkak pada kaki atau betis .

 Anda juga tidak perlu menunggu setahun sekali untuk pemeriksaan doktor , Persatuan Perubatan Podiatri Amerika mencadangkan agar anda sentiasa berwaspada dan perhatikan tanda – tanda berikut :-

  • Perubahan warna kulit atau merasai panas di kaki
  • Rasa sakit pada kaki
  • Luka terbuka pada kaki yang lambat untuk sembuh
  • Ketumbuhan kuku dalam jari kaki atau kulat pada jari kaki
  • Terbentuk kulit tebal dan keras ( corns ) yang berdarah atau terjadinya ’calluses’
  • Tumit yang kering dan merekah

 Anda dinasihatkan segera bertemu doktor atau pakar pernjagaan kaki sekiranya mengalami mana-mana masalah yang tersebut diatas .

 Akhir sekali , adalah penting anda memeriksa kaki anda setiap hari . Ingatlah bahawa adalah lebih baik kita berjaga – jaga daripada menyesal di kemudian hari .

 * Artikel diambil dari Utusan Malaysia oleh Datuk Prof Mustaffa Embong . 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: